Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Monday, December 5, 2011

Wad Bunga Raya #6&7 (finale)








Sebenarnya aku dah termiss untuk update posting ni pada waktunya. Aku terlewat update. Maybe aku bukan dalam hotel hospital tu lagi. Oh ya! aku dah balik dari percutian aku selama seminggu di Wad Bunga Raya bersama maktok aku sejak dua hari yang lalu. Dan gambar-gambar atas ini adalah gambar sebelum aku balik.
Ok mari mulakan satu per satu.

1. Maktok
Selepas seminggu maktok operate membuang segala aset wanitanya maktok dah mula rawatan kemo terapi. Bila tok mula berkemo ini bermakna maktok sudah bersedia untuk berperang dengan mentalnya. Maktok kena lagi kuat dari sebelum ini dan begitu juga anak cucunya juga. Rambut maktok pasti akan gugur, itu sudah pasti kata dokter. Itu antara satunya. Sebelum ubat kemo ini masuk dalam badan, maktok telah dipaksa untuk menelan 80 bijik ubat tahan muntah (40biji malam sebelum dan 40biji pagi sebelumnya). Memang seksa untuk menelan ubat sebannyak tu. Walaupun aku tiada disisi maktok masa tu aku dapat rasakan peritnya nak telan ubat tu. Pahit kelat piau semua ada! Tapi ini untuk maktok juga! Acu yang bertangungjwab untuk memaksa maktok telan semua ubat tu.

2. Hotel Hospital
Nurse suka masuk masa aku baru nak tidur dan setiap pagi nurse jugak kacau aku dari tidur. Dalam pukul 6 pagi mesti nurse dah masuk bukak lampu. Damn. Baru nak mula mimpi Nurse Eton dah masuk Nurse Zulaikha. Haha.

3. Katil 
Katil ada satu ja. Tak pula disediakan untuk penjaga dan pelawat. Kalau ada katil untuk penjaga maka tak terjaga la aku kalau maktok menjerit mengingau malam-malam. Dan hari keenam baru la Nurse Ayu tukar katil maktok yang rosak ni.

4. Makanan Hospital
Secara jujurnya makanan hospital memang tak sedap. Orang sakit yang kena makan banyak pun makin tak lalu makan. Dan kalau aku terus tinggal di hospital tu mahu aku pun sakit. Tapi satu ja yang paling spesel apibila setiap pagi aku akan berebut dengan adik untuk sebijik telur. Sebenarnya pihak hospital nak telur rebuih tapi aku paham bila rebuih telur kuantiti yang banyak ini la hasilnya! Dan aku suka. Tak suka plak aku kalau telur ni direbuih sempurna. Apa-apa pun aku tetap bersyukur walau makanan tak sedap tak juga aku membazir walaupun nasik dia hanya tambah air untuk dijadikan bubur. Haha.. *pertama kali aku makan bubur aku tersembuq balik. Sebab..sebab...sebab... kamu pergi la rasa sendiri!

5. Si Bodoh Pentingkan Diri
Aku sangat marah bila tengok ada orang parking macam ni. Orang lain pun nak melawat orang sakit bukan kita ja yang ada kenalan/sedara yang sakit. So parking la baik-baik. Takan satu kereta kecik ni untuk kau sorang?! Damn! Sebab tu kereta aku tak gerak seminggu sebab maleh nak carik parking. Tambah-tambah waktu puncak(waktu melawa). Memang parking ambulance pun disebatnya!

6. Waktu Puncak
Kalau post sebelum ni aku ada cakap yang aku sangat malas nak berhimpit gesel-gesel bontot dalam lift dan ni la gambar orang masa waktu puncak! ni kira sikit la sebab ramai yang dalam kafe tu. Aku memang tak suka bila ramai-ramai macam ni. Oksigen sangat penting pada waktu ini!

7. View dari Tingkat 7
Sapa yang follow episod wad bunga raya ni dia akan tahu apa yang aku maksud kan. Memang setiap pagi dan petang aku akan menjengukkan kepala aku keluar untuk menikmati permandangan yang indah. Dengan sawah padi yang menghijau di pagi hari dan langit yang merah pada waktu petang nya.

8. Mee Abu
Mee mamak yang orang melayu yang masak. Sebab tu mak aku boleh makan. Kalau mamak yang masak tak tau la mak aku nak makan apa! Mee dia boleh tahan aku tak tahu sedap ke tak yang pasti aku habis dan licin , begitu juga yang lain! Rasa aku kalau datang alor star lagi aku mungkin akan singgah sekali lagi.

Cukup la sampai sini. Aku dah penat nak karang ayat. Ntah berapa banyak aku salah tatabahasa tak pun typo! haha. Papa pun terima kasih sangat-sangat pada siapa yang berdua untuk kebaikan maktok aku!!

p/s:: aku nak keluar ke penang! oh yeah! jom! kalau jumpa kat pesta penang tu tegur-tegur la aku. Aku sangat pemalu orangnya tapi kalau dah kenal aku la orang paling ramah! HAha

3 comments:

  1. kerek betul si myvi parking cm tu.
    dye bawak road tax smpai berjuta ringgit kot.
    hahaha!

    ReplyDelete
  2. yang ni pulak aku vote no 4 sebab aku suka telur lembik.

    ReplyDelete
  3. Tau xpaa..kerek dia ja paking macam tu...Haha.

    Amalina Dan benda kecil:: yeah...kita Geng... Give me five sikt...

    ReplyDelete