Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Friday, December 2, 2011

Wad Bunga Raya #5





Setiap kali aku nak naik bilik(wad) maktok aku mesti aku akan tekan butang dekat lif tujuh.. lebih kurang macam tu jela rutin aku sejak 5hari ni. Mungkin sebab itu nama wad pun wad Bunga Raya 7A.. 7 tu stand for 7th floor maybe(confirm sebenarnya). Tingkat 7 adalah tingkat paling atas sekali. Atas tu adalah la sikit2 gambar dari tingkat 7 ni..

Sebenarnya kool gila bila duduk tingkat paling atas ni.. yela. Orang pun tak ramai kira nya tenang jela.. view dari tingkat paling atas pun best.. tambah hospital ni betul-betul dekat dengan higway paham-paham jela higway di kedah ni macam mana kan.. kiri kanan bendang(sawah padi) . pagi2 aku akan bukak tingkap bilik ni dah sedut dalam2 udara segarnyaa. "wah sungguh nyamannya udara bendang pagi2 ni" sambil korek hidung. Hijau tenang ja aku tengok. Sedap mata memandangnya..

Tapi , yela dah tingkat paling atas tu sangat larh malas bagi aku untuk turun kebawah. Aku sanggup tahan lapar dari turun kebawah sebelum sedara bawak makanan. "eleh bale... Ngada la hg ni.. bukan hg turun tangga pun" yelaaa.. aku taw. Bukan turun tangga. Sebab nak turun pakai lif tu juga la buat aku segan.. tambah2 lagi waktu-waktu puncak. Jangan lah turun. Bukan main ramai lagi pelawat. Memang full lah lif tu. Sorang buat dajei kentot kat dalam tu mmg jem. Lagi satu aku memang pening pala bila naik lif ni. Seari tu Ada la dua kali ja aku turun naik.

Ok stop pasal tingkat 7 let's talk bout my maktok. Actually sejak semalam aku dah nampak perubahan yang baik. Dan hari ini tok makin ceria. Tu point yang paling penting. Bila makin ceria bermakna makin sihat la. Ceria nya lagi mungkin ramai yang datang melawat maktok hari ni. Anak cucu dah tentu meriahkan suasana. Kawan-kawan sebaya maktok lagi. Memang ceria larh hari ni . Sampai tak dak masa nak tidur la kan. Dan insyaAllah seprti yang dirancang kemo treatment akan bermula hari ahad ni dan kalau tiada masalah apa2 hari isnin boleh insyaAllah..

Apa-apa pun aku ucapkan jutaan terima kasih pada yang banyak doakan yang terbaik untuk maktok aku.. terima kasih sekali lagi taw.

Fuhhh.. penat taip panjang2 pakai fon ni.. Haha.

Published with Blogger-droid v2.0.1

5 comments:

  1. gambar nombor 3 cantik.
    sebenarnya aku taknak baca ape kau tulis panjang-panjang tu..aku baca ayat last je..pastu aku rasa aku kena baca semua.
    dulu aku praktikal, company tu tingkat 9,aku sanggup turun naik ikut tangga kecemasan bila waktu puncak sebab aku tak suka lif.ramai-ramai,tengok-tengok.

    ReplyDelete
  2. cantik gambar gambau nyaa. kamera mahal. wuu.

    ReplyDelete
  3. Amalina: oh ya.. aku pun xsuka tulih panjang2 sebab makin panjang aku tulih makin serabut dah makin bnyak typo.. tambah2 pakai fon ni lagi la..
    Haha.. tawu xpa.. sesak gila bila waktu puncak... Aku tak sekuat hg nak panjat tangga.. sampai 9tingkat pun boleh.. boleh kurus macam ni.. Haha..

    Kura: aku pakai fon jela.. edit pun pakai fon..lama xpegang dslr. lain la camera mahai hg kan.. Haha..

    ReplyDelete
  4. lawa gila view dia.. tapi ade shot seram gak..


    ko memang ngade.. turun bukan guna tangga... nak trun lift pun segan.. ape pun tak boleh bale!!! hahaha

    ReplyDelete
  5. Ikar..hg tak tgok cerita hantu indon ke? Hospital nak seram2 ja... Padahal aku tgok hospital sentiasa cerah xmacam cerita indon yg lampu tak cukup..
    Haha...tingkat 7 kut malas gila pakai tangga..patot la aku gemok..haha

    ReplyDelete