Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Tuesday, November 29, 2011

Wad Bunga Raya #2





Hari ini masuk hari kedua dan malam ni juga malam kedua aku disini untuk maktok aku.

Pagi-pagi lepas subuh ada dokter masuk..Nasib aku tak tidur balik lepas subuh.. kalau kat rumah memang dah nyenyak aku.. maybe sebab semalam aku tidur awal "Tok... Tok ok ka? Tok tidoq lena ka semalam?" Sapa dokter segak dengan loghat utagha dia. Maklum la orang kedah kan. Dokter ni la yang maktok aku bekenan nak buat cucu ni.. "alaaa biasa la dokterrr.. tidoq orang sakit macam tu laa" jawab maktok aku dengan machonya.

Ok update untuk hari ini.. maktok aku makin ok dari semalam. Hari ini juga maktok banyak makan dari semalam. Buah limau sunkist ada la sebijik maktok makan sorang. Pastu pertama kali maktok cakap makanan hospital sedap tapi bukan la makanan dalam gambaq tu.. tu makan tengah hari.. Yang maktok cakap tu kuih kusuii ... Tak sempat aku nak tangkap gambaq sebab maktok laju sangat makan.. tgok.. tu maknanya maktok makin sehat.. yay!

Ohya! Tok juga dah tak sejuk macam semalam.. semalam siap air cond pun tak boleh buka. Hari ni aku pulak yang sejuk.. hehe.

Hari ini juga tak dak siapa yang datang kecuali orang ditugas Dan baby yang hyper tu sahaja. Yela hari ni dah start kerja dan bagi aku bagus juga sebab dapat juga maktok aku rehat.. dapat tidur..

Okla tu untuk hari ni.. maktok pun dah tidur.. Dan gelap dah pun bilik ni.. aku pun nak tidur awal. Kecewa tv3 tak dak cinta elysa. Damn!

Published with Blogger-droid v2.0.1

3 comments:

  1. cucu yang baek.

    semoga tok cepat semboh. insyallah

    folo-memfolo amalan mulia. nice blog! :)

    ReplyDelete
  2. Anne: aminn.. tenkiu nuhh

    Ikan: Haha.. bukan cucu yg baik laa.. tapi tangungjawab...terima kasih noh

    ReplyDelete