Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Wednesday, November 30, 2011

Wad Bunga Raya #3




Post kali ini adalah dituju khas buat semua kakak misi didunia terutama sekali yang tak jemu datang untuk maktok aku.. Yang tak jemu check blood pressure sejam sekali.. Yang dok bawak makanan 4 kali sehari, nasik buh ayaq(aku bedal ja).

Yaaa.. terima kasih juga pada kakak misi yg jaga semalam,tolong kejut maktok aku yang mimpi.. aku takut sangat semalam, selalunya aku boleh ja handle maktok dengan bantuan Angah ngan sahir.. tapi semalam aku terpaksa jugak guna talian ayat dengan tekan butang nurse tu sebab terlalu takut tengok maktok aku yang mimpi sampai ngigau. "Ada orang kejaq maktok la tadi.. tu maktok jerit tu" crita maktok bersunguh-sunguh. Mana tak takut kan terpaksa la aku tekan butang nurse tu mak tak mau.

"Hello bale.....tu call bell la bale, bukan butang nurse okkk" kata eton dekat aku.. Haha "ok eton tu butang nurse."

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, November 29, 2011

Wad Bunga Raya #2





Hari ini masuk hari kedua dan malam ni juga malam kedua aku disini untuk maktok aku.

Pagi-pagi lepas subuh ada dokter masuk..Nasib aku tak tidur balik lepas subuh.. kalau kat rumah memang dah nyenyak aku.. maybe sebab semalam aku tidur awal "Tok... Tok ok ka? Tok tidoq lena ka semalam?" Sapa dokter segak dengan loghat utagha dia. Maklum la orang kedah kan. Dokter ni la yang maktok aku bekenan nak buat cucu ni.. "alaaa biasa la dokterrr.. tidoq orang sakit macam tu laa" jawab maktok aku dengan machonya.

Ok update untuk hari ini.. maktok aku makin ok dari semalam. Hari ini juga maktok banyak makan dari semalam. Buah limau sunkist ada la sebijik maktok makan sorang. Pastu pertama kali maktok cakap makanan hospital sedap tapi bukan la makanan dalam gambaq tu.. tu makan tengah hari.. Yang maktok cakap tu kuih kusuii ... Tak sempat aku nak tangkap gambaq sebab maktok laju sangat makan.. tgok.. tu maknanya maktok makin sehat.. yay!

Ohya! Tok juga dah tak sejuk macam semalam.. semalam siap air cond pun tak boleh buka. Hari ni aku pulak yang sejuk.. hehe.

Hari ini juga tak dak siapa yang datang kecuali orang ditugas Dan baby yang hyper tu sahaja. Yela hari ni dah start kerja dan bagi aku bagus juga sebab dapat juga maktok aku rehat.. dapat tidur..

Okla tu untuk hari ni.. maktok pun dah tidur.. Dan gelap dah pun bilik ni.. aku pun nak tidur awal. Kecewa tv3 tak dak cinta elysa. Damn!

Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday, November 28, 2011

Wad Bunga Raya #1


Aku baru sampai hospital ini petang tadi, ada la dalam pukul 2.30 tadi..

Damn! Aku kena tahan dengan pakguard walau belum naik lift sekali pun(wad tingkat 7 nun) " maaf la dik.. waktu melawat dah habis la pukul 4.30 nanti baru Boleh laaa.." jawabnya kerek( Serius aku reka). Tapi memang betul pun dah abeh waktu melawat. "Tapi kalau orang kat wad tu ganti dengan adik boleh la dik"sambung abg pakguard tu lagi,aku apa lagi teruih call mak sedara aku yang tengah jaga.. so Kami pun swap larh..

Kini giliran aku , angah, dan sahir punya shift bermula.

Sesampainya aku di wad Bunga Raya 7A ni aku teruih cari maktok. Bertapa sedihnya aku bila aku cium tangan dan pp maktok sungguh susut tubuh nenek tua ini. Ini semua salah kau cancer. Aku benci kau.. kau telah hapuskan senyuman dan keriangan maktok aku sebelum ni..

Maafkan aku kalau terlalu emosi. Tapi setakat sini saja aku dapat coretkan untuk hari ini.. insyaAllah aku akan update hari-hari ku sebagai nurse disini..

Dan aku mintak jasa baik abang2 manis dan adik2 macho sama2 Doakan maktok aku semoga cepat sembuh ya.. terima kasih..



Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 27, 2011

Angah please take note.


Haha..

massage adik perempuan aku sebelum pergi tuisyen pagi tadi, semua abang-abang dia baru sambung tidur...

Ohyaa... Aku akan gerak ke alor setar lepas makan tengahari ni. Dan mungkin untuk seminggu aku disana. Dan sebab tu kut adik aku buat massage ni.

P/s:: ohhh .. aku masih atas katil sekarang.. Haha..

Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 25, 2011

Samar-samar

Assalamualaikum..
hai handsome gurl!
actualy aku ada banyak cerita nak cerita. Tapi ntah la idea aku tak berkembang lagi untuk menulis macam dulu-dulu.. Tepu sebab study kut.. Ntah la aku pun tatau sebab apa.. Gambaq-gambaq pun banyak dan melimpah dah pun nanti kalau rajin aku upload larh!

Between aku nak bagitau aku dah habeh exam! YEAY! Seronoknya.. Dan aku akan habehkan cuti sem aku yang pendek ni dengan berkualiti.. Apa yang berkualiti tu aku akan post untuk next-next post aku.! Ohyeah! Selamat Bercuti kepada Aku!
"Happy Holiday Balecan!" xdak sapa nak cakap macam tu kat aku ke?

Monday, November 21, 2011

Final Week













Math, worksyop, MUET dan plant engineering dah setel.. sekarang tinggal satu ja lagi pneumatic&hydraulic. Minggu yang sangat penat bagi aku. Dan gambar-gambar ni ialah gambar random yang aku kumpul untuk 2 minggu ni.

TAGS:: Final exam, PUO, DKM5A, tidur, makan, roti canai, udang, ali cafe, stay up, katil, Baby S, Dewan Jubli, Rumah PakHaji, Deqwan, Penyu, Jiji, muet, ABC, Zapri, Zuhaili, Shah Rasid, Shah Ariffin, Jegang E, Turbin, Gay, Zaty, Gua Kek Lok Tong, Nasik Goreng Daging Merah, Ipoh, Tension, Seronok, Teori.

Tuesday, November 8, 2011

DKM5A @Karok

Sebelum aku habis diploma aku tahun depan aku harap aku dapat banyak habiskan masa dengan budak-budak kelas aku.
Nanti dah degree bila rindu boleh bukak balik gambaq-gambaq ni. Haha..

P/s:: Semua tengah tension sebab final dah dekat kot masa ni

Monday, November 7, 2011

Korban SiBoboi

Assalamualaikum! Hye Raya!
Raya korban tahun ni tak sama dengan raya tahun lepas.. Sebab raya tahun lepas aku raya dekat sekolah adik aku(nak spm sebab tu tak balik). So kat sini aku nak kata raya tahun ni meriah la jugak sebab boleh beraya dengan Boboi.

Sapa 'BOBOI' Bale?
Boboi ni la korban aidiladha tahun ni. Aku sempat bagi nama sebelum dia kena korban. Aku bagi nama Boboi sebab dia comel pastu dia kuat macam BoboiBoy.

p/s:: Aku tak benti makan daging lagi dari semalam. Perut boncet. Kepala pun kadang-kadang pening.. takot darah tinggi plak!

Saturday, November 5, 2011

Ipoh - Parit Buntar




1. Rekod naik moto paling jauh (Ipoh-Aloq Pongsu )

2. Best

3. Kebas punggung

4. Turun 2kilo(tipu)

5. HyperB aku mabuk jalan (ikan laga)

6. Terima kasih Eli dan Shah Rasid

7. Kena marah ngan mak aku, sebab tu aku balik tak bagitau baru seprise

p/s:: Selamat Hari Raya Haji noh! Aku seminggu sebelum raya ni puasa tak makan nasik semata-mata nak beraya makan daging besok! Ahaha

Wednesday, November 2, 2011

Gula-gula

Hidup ini  tak boleh sentiasa manis, takut kencing manis plak, potong kaki gigi pun ronggak!

p/s:: ceklat ni sangat rare.. susah nak dapat dah.. tesco tadak.. nak ada pun dekat kedai PakLeh ja..kedai Pakleh pun dah xdak.