Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Thursday, June 23, 2011

Pray For Hafiz Salleh

 Assalamualaikum!

First of all aku minta maaf sebab lambat update(even aku syok sendiri)...bukan apa aku sibuk sangat sekarang. Well sapa tak kenal Balecan kan.. Sibuk lebih mengalahkan Datuk K ...Ok Sebenarnya aku pergi Hospital Taiping ni dah lama dah..ada la dekat masuk seminggu dah. Kali ni baru aku nak cerita dan memohon jasa baik tuan-tuan macho dan puan-puan comel yang baca entri ini tolongla sama-sama doakan untuk kawan aku ni.

Ok! Aku pergi hospital tepeng ni bukan pergi melawat sapa-sapa mengadung mahupun beranak..Tak singah pun wad bersalin ni..cuma LALU ja depan nih...Tempat yang kami nih nak pergi nieh ICU..Tempat kawan kelas aku..Oh tidak! masuk part ini tiba-tiba mood aku jadi sedih dan hiba bila inggatkan dia balik masa aku melawat hari tu.

Memang patot la aku sedih sebab masa dia sihat aku selalu kacau dia even dia tak penah kacau aku..Lepas kacau gelak2 aku sebab dia lucu bagi aku.huhu.Rasa menyesal gila aku bila teringat balik. Dia tadak dosa pun dengan aku tapi aku suka sangat kacau dia..

Dear HAFIZ SALLEH
Hafiz Salleh..Aku mintak maap sangat la erk sebab banyak usik-usik hg.. Banyak kacau hang. Banyak gelakkan hang..Tapi aku memang macam tu kalau hang nak taw..Bangun la cepat Hafiz Salleh..Sedih gila aku tengok hang kat ICU ritu..Hang tak selesa kan badan hg penuh wayar2 tu??.Hang tak mandi kan sejak duk ICU tu.Sebab tu hang tak selesa kan.Kalau hg nak mandi..Cepat la sembuh taw!.Aku sian sangat tengok hang..Tatau macam mana aku nak tolong. Lagi aku kesian bila tengok  Mak Apak hang cerita kat kami sambil meleleh air mata."Kereta Apih bawak habih total lost..Lori tu naik kereta Apih".Cerita Uncle Salleh pada kami dengan tangan megemgam senaskah Yassin. Kuat Hafiz Salleh takkan nak tengok mak hang teruih nangeh.. Ingat! Kita ada dua sem untuk bersama-sama gengam diploma! Ayuhh! BANGKIT KAWAN!

Lampiran


Tak tahu larh aku dia sedar ke tak masa aku datang melawat tu.. Tapi dia angkat tangan dekat aku..tapi dia tak boleh cakap sebab dokter dah tebuk tengkok dia..Jadi kamu-kamu, especially budak kelas DKM Batch Jun 2009 mari la sama-sama doakan untuk dia ya!..Moga cepat sembuh dan boleh sambung belajar macam budak-budak lain.
Sorry..Tadak pula gambar Hafiz Salleh..Tak sampai hati aku nak amek so aku ada yang ini jela.itu pun bukan gambar aku.. Satu ja gambar dari Baby60 aku kali nih..Yang no3 tu..yang lain aku edit ja dan dari Shah Riduan


p/s:: Kami sekelas memang panggil Hafiz, Hafiz Salleh even dia sorang je Hafiz dalam kelas tu..Maybe sedap kot Hafiz Salleh dari Hafiz ja..ce kamu sebut HAFIZ SALLEH..Match kan..Ok Sebut Macam ni pulak..YA ALLAH KAMI BERMOHON PADAMU MOGA CEPAT SEMBUH KAN HAFIZ SALLEH. AMIN,...

Tuesday, June 21, 2011

Pasar Tani hari Selasa

Takmau cakap banyak..Gambaq-gambaq ni pon dah cerita yang aku p pasar tani(bukan pasar malam)..Pergi pula dengan Apak aku dengan adik aku, Sahir(jawa)..pergi tunggu ice blend tu pastu beli sate ayam separuh masak pastu balik rumah sebab takboleh tinggal Mak Shadah sorang-sorang kat rumah...

Ada lain sikit dekat gambaq aku tu..cuba kamu-kamu refer balik gambaq-gambaq last post..ok laa..aku bagi clue..watermark aku ada beza..sapa bijak, ce cerita apa bezanya.dan kenapa beza..kalau betoi aku belanja sate!

p/s::setiap petang selasa memang ada pasar tani dekat taman aku..dan 100% melayu berniaga..hari jumaat baru pasar malam besar-besaran kat pekan Parit Buntaq

Sunday, June 19, 2011

Maktok Comel

Maktok Zauyah!


Asslamualaikum! Hello Weekend!..

Aku baru sahaja balik dari makan tengah hari bersama Nenek(MakTok sebenarnya) aku ja bentar tadi.. Jadi terdetik aku untuk upload gambar aktiviti aku dengan beradik lain bersama MakTok Zauyah yang comel ni!.
Selepas pemergian Arwah Tokwan aku tahun lepas hidup MakTok berubah serta merta., Tok dulunya selera makannya bernafsu tapi tidak lagi sekarang apabila tiap-tiap hari makan berseorangngan tanpa teman yang selalu memberi mengomen/memuji tentang masakannya. Lalukah selera makan kamu tiap-tiap hari macam tu?masak sedap pun takdak orang puji..masak angit apa tah lagi xdak sapa nak marah..Menangis sorang-sorang boleh la sebab teringatkan Arwah yang cerewet pasal masakan.

Setiap hari nenek ini menunggu anak cucunya pulang menjenguknya,"tak dapat tidur satu malam, tanya khabar jadila"dialog maktok yang aku reka*. Tiada apa yang diharapnya cuma sedikit perhatian dan kasih sayang yang ditagih Maktok. Jadi sudah menjadi tangungjwab Emak aku (Mak Shadah) sebagai anak sulung dan anak yang paling dekat untuk menjenguk maktok selalu. 

Bukan tak pernah ajak maktok untuk stay dekat rumah aku dekat Parit Buntar nih malah dah berbuih mulut aku memujuk Maktok "Tok jom la duk rumah iwan nih maktok, rumah iwan ni dekat dengan econsave tau..nanti iwan bawak tok p shoping"pujuk aku. Tapi nak buat macam mana kan orang tua memang susah untuk meninggalkan tempat yang banyak bagi kenangan padanya, tak kira kenangan itu manis atau pahit. Jangan cakap orang tua, bagi aku sendiri pun susah nak tinggal rumah yang aku stay sekarang ni. Bagi aku mungkin keselesaan yang menjadi main factor yang mendorong seseorang itu tidak mahu berpindah dari tempatnya selain faktor lain.



Aktiviti Bershoping

Yeah!..Ini yang aku nak cerita sebenarnya bukan cerita sedih diatas tu.. Ok lupakan yang tadi. Mari  bercerita pasal aktiviti faberet maktok aku nih!.Bagi maktok aku masa bershoping la masa yang akan buat maktok aku happy dan lupakan kesedihan..Aku dan sibling merupakan teman yang paling setia untuk teman maktok aku bershoping..Janji ada duit berjalan cari barang berejam pun dia kuat.. Mungkin tiada tanggungan lagi yang buat maktok gemar dengan aktiviti shoping ni, yela zaman dulu sangatlarh susah sebab Econsave pun tak wujub lagi..haha.. "Tok bukan apa, Tokwan hang dah takdak sapa nak bawak tok kan kalau beras,minyak ,milo dah habiskan...tu yang tok beli siap-siap ni.."haha.. Alasan bijak dari Maktok aku!

p/s ::Kepada kamu semua! Hargai larh mereka selagi ada masa.. Berjasala kamu selagi sempat.. Curi larh masa kamu untuk jengok walaupun sekejap..Jangan menyesal dihari kelak, masa tu air mata darah pun tak guna dah! 

= PEACE YA=

Thursday, June 16, 2011

Apa Perbezaan Dua Gambar nieh?!

 Assalamualaikum...hye semua!

Hari ni aku bagi peluang kepada kamu semua untuk ulaskan untuk dua(2) gambar yang berbeza but same person.. So apa yang aku nak.. Kamu ikhlas menyuarakan apa yang kamu rasa terbuku di hati kamu tu..

Gambar Satu

Gambar Dua
Memang muka orang ini dalam belog nieh bersepah sebab tu aku nak kamu-kamu ulas apa yang kamu rasa tu.. Ok! Aku akan mulakan ulasan aku pasal 2 gambar diatas!

Gambar 1st:: Budak nieh dari mata aku bajet kuit dengan gaya gay dia tu.. Memang aku paneh tengok muka dia nieh! Kaki Mau? soalan aku untuk tuan punya badan...
Gambar 2nd::Eh! Orang yang sama ke ni? Ok..yang 2nd nieh muka dia macam Shamsul Yussuf dalam kl ganster tu..Eh! aku takot..sory..aku terlangsi kat gambar 1st tadi.. jangan bunuh aku plizz..

p/s:: Ok aku dah komen dengan "JUJUR"nya..so apa tunggu lagi giliran kamu pulak!haha..jangan risau kalau takot tuan badan pukui kamu guna akaun anonymous tapi dalam braket buh nama kamu taw...HAHAH..

Wednesday, June 15, 2011

On Basikal!

 Assalamualaikum

 The Morning.
Matahari pagi tadi sangat larh seksi.. Bulat penuh lagi oren macam lukisan kanak-kanak tadika yang general tu..Selalunya aku akan dapat tengok awan yang oren-oren time petang nak senja dan senja ja..sangat larh cantik matahari bila oren terus aku terbayangkan Nobita tengah dating dengan Suzuka atas bukit sambil menanti matahari naik!wahhh! Romantik!...Jeles U!haha..Rugi la sapa yang tidoq lepas subuh tu...

Basikal Gagah.

Sejak aku dah belesen kereta nieh amat-amat larh segan aku nak kayuh basikal macam sekolah menngah dulu..tambah-tambah pulak lesen aku dah kompitenkan(xdak sticker P-pondan)..Lagi tak la aku nak kayuh basikal kan..Jadi untuk menikmati pagi yang indah aku paksa diri untuk mengayuh basikal comel nie. Aku rasa rugi sangat kalau lepas subuh aku tidoq balik even aku rasa tidoq lepas subuh tu satu nikmat!haha..Actually..nieh bukan basikal aku pun dan tak ada specifik basikal pon untuk aku..nieh basikal kesayangngan apak aku nieh! Aku main redah ja semua!haha..

Aku buat entri juga untuk kawan aku yang sungguh gigih mengayuh fixie dari penang ke johor.. u all just chek it out video nih okeyh!..Cheng dan Kawan Kayuh Fixie dari Penang ke JB

The Paddy Field
 Sumpah selama 19sengah tahun aku hidup dekat dunia nieh aku tak pernah masuk bendang/sawah padi! Tu pun kalau Hafiz nie tak bawak aku memang sampai bila-bila la kot aku nak merasa jalan atas batas bendang nieh! Sangat larh senang hati aku tengok dengan kehijauan pokok padi nieh! Aku teruih tarik nafas panjang-panjgan dan hold dalam-dalam sebelum aku "arrgghhh!!!" hembus balik..wahhh!segar sungguh udaranya!Habis habuk-habuk dalam hidung aku hilang.. Aku tahu kamu yang hidup dekat town tu mesti 'jeles'kan dengan aku sebab aku dah jijak kaki dekat bendangkan..Kan @Zulfikar Hazri kan??Jeles kan..haha.

Muhammad Hafiz Nor Ariffin
Perlu ke aku cerita pasal dia lagi? Ok lah aku kenalkan dengan kamu lagi..Hafiz nieh kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi tapi masa form1 aku sangat larh benci dengan dia nieh..Rasa nak tumbuk ja muka dia setiap kali bukak mulut nak cerita pasal drangon ball dia! Sapa tak panas kan?? Kemon larh.aku dah masuk Form1 takan nak cerita pasal katun tu lagi kan. Cerita la pasal awek bethai lalat dekat pp tu ke..cerita pasal kawen-kawen ke..baru la boleh belagak besaq kan even baru masuk form1..(Saja nak nak cakap kat budak-budak yang berlagak dewasa diluar sana tu!bajet sangatkan!).

Hah..macam mana aku boleh jadi rapat dan kawan baik dengan dia ni pun tak tahu larh aku..Tapi dia memang bukan jenis yang berkira dengan kawan-kawan la..maybe sebab tu aku boleh rapat kut..Walaupun dia cakap kuat sampai nak pecah telinga dia tetap seorang 'sahabat' yang baik!ingat aku sebut 'sahabat' taw!.haha.. Ini belog perempuan ke??gedik-gedik nak cerita pasal bestie nieh?!haha..wtfish!

Parit Buntar
Ok!sikit demi sikit aku akan cerita pasal tempat tumpahnya darah ku ini!parit buntar..Tengok!bertapa jauhnya aku berbasikal pagi tadi bayangkan larh aku kayuh dari Alor setar nuh!

 Ada macam kawan aku dalam video tu dak?kuat kan dia kayuh dari Penang ke Johor dengna kayuh fixie tu?gila pa 800km dalam masa 6hari mau muntah hijau kalau aku nieh! Taniah buat @Irwann Cheng sekali lagi!Macam nieh la buat aku respect, bukan macam setengah orang tu.. Main fixie just nak ikot trend.."eh ko tak ada fixie, ko nieh ketinggalan zaman la beb" statement yang mintak kaki pada budak yang poser tu! Setakat nieh aku tengok ada 2-3 bijik fixie yag bekeliaran kat taman aku nih..

p/s:: Aku memang tak dak basikal sendiri sebab dulu aku punya basikal aku main campak-campak ja sampai barai abeh basikal tu..ntah kemana pergi dah pon aku tataw..dah besar macam nieh baru aku sedar yang aku tak pernah menghargai brang yang apak aku bagi kat aku.. Aku akan rasa nanti bila anak aku buat macam tu..
p/s':: sakit belakang aku kayuh basikal..tak sampai 130km pon..20km sebenarnya!haha..ok..aku ngaku aku tak sekuat itu!haha


Sunday, June 12, 2011

The Wedding. Bollywood Version

Ya! Kamu-kamu yang seksi tu!!Sini kamu!

Sebenarnya aku sangat tunggu hari ini, majlis resepsi classmate aku masa sekolah menengah rendah dulu. Tunggu bukan sebab apa sebab aku dah bagi alasan nak berhenti dekat bos Petronas yang aku nak attend kenduri classmate aku nie..Wathefish alasan aku bagi kat bos aku sangat la awesome bukan! Tak munasabah betul nak berhenti kerja semata-mata kenduri nieh?kalau kamu bos kamu bagi ke aku berhenti? (ya la aku perkerja cemerlang memang bos aku tak mau lepas aku untuk quit kerja tu.).."Tolong la bos saya dah janji dengan dia saya nak datang, lagipun masa tu la saya nak gather-gather dengan kawan-kawan lain kan bos" rayu aku pada bos.."bos tak kena jemput ke kenduri anak Naseer nasik kandar tu bos?"..haha..bos aku cakap dia sangat kenal dengan Naseer tu, kawan rapat lagi..tapi tak dapat jemputan. *Naseer tu bapak kepada pengatin perempuan yang juga kawan aku tu..sory uncle..Naseer je panggil..hehe

Pengantin
Yah! yang girl itu kawan sekolah aku..Fazilah.. Cool bukan dressup depa.. Selama nieh aku tengok dekat tb ja orang kawen ala2 bollywood gitu..tapi tadi aku rasa macam di Bombay!..haha

The Crowded
OMG! tak pernah aku bersesak-sesak seperti ini..kebiasaannya aku tak suka dengan keadaan berlaga bontot dan jalan kena block terpasak guna jalan jauh. Tapi ex-classmate punya pasal aku redah juga!haha. Aku kawen nanti boleh ke ramai macam nie?..
Ohya!selain aku rasa lain sangat bila dalam hall nieh sebab ramai yang pakai sari..Ganjil sangat aku rasa..

The Gather-Gather

Apa da hal Melayu ke Cina Ke India ke..kita kan Malaysia..tak kisah la kamu india ke cina ke..aku kawan dengan semua!ya!Ada baik juga kenduri ni!Mesti ada soalan macamni "eh u study mana sekarang ya?" ohh.."saya??itu UIA juga saya sekarang" jawab kak tulip tenang!haha

The Menu


Menu!ini seperkara lagi yang aku tunggu untuk kenduri ni..aku sangat mengharapkan nasik beriani tapi nasik minyak pun jadi larh kan!selain lauk daging kurma ada juga pasemboq, sate dan air minum kami cendul!hah!sepanjang makan dalam hall tu semua dari kami tahan pedas dan dahaga sebab jug air sirap tak sampai-sampai, So keluar dari hall tu teruih carik cendul!haha..aku saja balun 3 mangkuk dahaga punya pasal !
psst:: sangatlarh macho dah cool Hafiz masa tunggu nieh!sampai adik tulip pon teruja kan!haha


The Siblings
Ok aku introduce pada kamu ini larh adik beradik Tulip! *Najiha, Amira Abdul Aziz

The Others

Last partition untuk post kali ialah ini!budak-budak yang bajet hotstuff! Selain itu kami bertiga nak buat ucapan untuk Fazilah yang baru saja selamat dinikahkan dengan ucapan selamat pengatin baru, Moga kekal hingga akhirnya..Amin..Ya!nama ja pergi kenduri dab bergambar dengan Pengatin tapi tak sempat pun nak wish apa-apa dekat pengatin sebab amik-amik gambar ja teruih kena turun dari pelamin tu..kalau ak kena pukul sebab ramai yang tengah tunggu turn kan.!haha..saja wat cerita ni * sebenarnya aku , Hafiz dan Idham malu nak wish kat pengatin,,haha. Taniah Fazilah!..

Tak lupa juga aku nak cakap terima kasih kepada bos aku yang sudi terima aku berkerja dan sudi merelakan aku berhenti!

psst::kenapa gambar aku je BlackWhite?haha..sebab aku yang edit kot..haha

Saturday, June 11, 2011

Rindu Akan Zaman Sekolah!

Assalamualaikum All Pretty Pepol

Entri pertama aku selepas aku resign kerja semalam..aku rasa dah dekat dua minggu rasanya aku tak update belog hafiz nieh..wahh..jadi dengan keterujaan aku untuk kembali aktif berbelog aku mulakan dengan post yang emo sikit!wahaha..tak emo mana pon just nak refresh balik ja.!

Sejak 3 tahun nieh aku dah servey ramai orang dah.."rindu tak zaman sekolah" dan feedbacknya suma akan jawab rindu!ya!memang la aku antara orang yang obses nak balik ke zaman sekolah..gila apa tak rindu! Rasanya zaman sekolah larh paling banyak kenangan! Rasanya aku nak balik dari form1..sebab form1 aku baru rasa nak dewasa sikit.pergi sekolah naik beskal...aku punya ramai masa tu tapi yang aku ingat aku ada kawan ngan sorang mamak dan sorang lagi non-malay, india*..yang aku rasa sayang sangat sampai sekrang.. yang india tu sangat larh aku suka berkawan sebab dia tak resict ,fasih berbahasa juga! Teringat lagi aktiviti masa balik sekolah aku dengan si india nie suka tolak side mirror keta-keta yang ada tepi jalan..bawak beskal laju-laju pastu tolak side mirror..ada sekali sampai patah side-mirror saga merah tu!Sapa yang dapat tolak side mirror paling banyak masa tu dia la pemenangnya!aha..

Kenangan dengan siMamak tu pulak paling seronok masa bulan puasa, bila tibanya Ramadhan kami je yang paling seronok bukan sebab kami nak ponteng puasa ke apa..tapi masa malamnya masa taraweh kami budak yang paling seronok..lepas ja rakaat ke8 aku mamak berlari balik rumah dia. Masa dekat rumah dia la macam-macam kami buat.. Bom asap, Panjat Bumbung, Isap rokok kertas atas bumbung! dan paling tak boleh lupa aku mamak naek moto sampai terbabas..sunguh awesome bagi aku malam tu!jatuh-jatuh motor saja aku gelak terbahak-terbahak! yang si mamak tu pulak kaki retak.. Tak pasal-pasal raya time tu bersimen!

Aku bukan tak bergaul dengan yang lain..tapi yang lain tak seindah dengan yang berdua ni masa tu! dengan Hafiz aku tak rapat sangat masa tu sebab dia sangat larh berlagak pandai!haha..tapi buat kawan ringan-ringan tu boleh la..bukan semua kata-kata dia aku percaya..Tapi sapa sangka sekarang dia kawan baik dan tak boleh berpisah jauh!.Tapi sampai form3 je aku dapat bersama mereka nieh..Sebab Kak Tulip tingai aku dan pergi mrzm...pada masa tu jugak aku dapat tawaran apa yang aku apply..Sekolah Teknik Ipoh,Brash..Aku tak expect pon nak keluar dari parit buntar masa tu. Tapi aku juga ada niat nak jadi macam abang aku.. Hidup dalam asrama jauh dari mak apak aku!

Jadi pergi la aku bawa diri ke ipoh..Rasa janggal sangat bila ditempat orang masa ketika tu. Tambahan pulak orang sekililng aku semua yang sangat larh berbeza dengan aku.. Cara bercakap satu..Aku biasa cakap utagha bila pergi sembang dengan orang sana yang mostly datang dari perak espicialy area Ipoh, terkebil-terkebil juga mata aku nak paham bahasa depa nieh! tapi dalam sebulan dua tu aku dah boleh biasakan diri dan aku dah tak bazirkan air mata aku aku sebab kenangkan mak aku di parit buntar!

Banyak juga yang jadi masa aku kat ipoh masa tu. Dan yang penting nya aku pergi sana aku jumpa apa yang orang kata buah hati!eton*..Sangat larh kebutalan aku kenal dengan si eton nie..gila! Tak pernah aku nampak eton nieh sebelum aku add dia dekat Myspace(masa tu myspace la pemes dan tak kenal lagipun fesbuk masa tu). Entah macam mana aku rajin dan suka buzz dia dalam myspace pun tak tahu la ,mungkin sebab dia terlalu karek dan sombong dengan aku yang membuatkan aku untuk kenal dia lebih rapat..Hari demi hari aku cuba takcle dia..dan hari-hari juga aku kena drop dengan sidia.. Itu semua jadi masa aku cuti hujung tahun form4..tak penah nampak dan tak penanh jumpa..ntah dia satu sekolah dengan aku pon ntah idak..

Masuk sekolah sesi form5 larh pertama kali aku terserempak dengan dia masa dia kalot-kalot angkat barang nak naik asrama. Kalau kamu tengok aku masa tu memang larh nampak cool dan sombong sangat sebab tak pandang pon si eton (curi-curi pandang je), tapi jantung aku sangat larh berdegup kencang bagai nak terkeluar sudah sebab nampak perempuan yang selama ini aku message dab bermyspace masa cuti tu!..dalam ati aku berkata-kata "u so awesome look eton, tapi kenapa hg karek sangat dengan aku kat myspace"..

Sejak dari tu aku sengaja ambil kesempatan untuk selisih dengan sidiasepeti biasa bila selisih ja mesti jantung aku nak terkeluar sebab sangat larh takot dan dapat aku rasakan darah aku naik ke kepala sebab malu kot..Dan macam mana aku boleh lupa aku bagi ceklat Snikers kat dia..dan feedback dari sidia ialah sekeping surat..wah!!inikah orang sebut-sebut surat cinta!jadi bermula episod berbalas surat!Makin hari makin improve  bahasa melayu lagu tu tak heran larh spm bm aku A1 kan..*dengan muka bangga aku tulih nieh..hahha

Kemuncak yang aku nampak eton syok kat aku ialah masa Hari Sukan tahun tu! sangop si dia bawak camera apak dia semata-mata nak bergambar dengan aku! Opss!terperasan pulak aku. Masa hari sukan tu jugak sidia sangat jeles dengan aku sebab ramai dak pompan nak snap gambar dengan aku.Gila apa!sapa tanak amek gambaq dengan aku masa tu..sebab aku sangat larh very the cute sekali!well aku memang cute kamu sendri tahu kan!haha..!yeah! aku berjaya buat eton jeles dengan aku! baru aku tahu yang dia juga syok sama aku!hey kamon la eton!aku syok hg dari myspace lagi hg je yang jual mahal dengan aku masa tu!! Nasib larh aku jadi maskot rumah kuning masa tu..kalau tak, sapa-sapa pun tak kenal sapa Bale kan!hahha..

Perggh!penat aku menaip cerita kisah silam nieh!betol larh orang kata yang silam itu lagi indah apa yang dilalui sekarang!ahha!oke*bukan orang kata...aku sorang ja kata macam tu! Cukup la takat nie macam mana aku kenal eton erkk..lain kali pulak aku cerita macam mana aku kenal apak + mak dia pulak!okeh!
Moh larh kita beriadah petang-petang nieh!Ya Hostel rule!suma wajib beriadah petang-petang macam nih!

pssst:: Gambar pertama aku besama eton. dan gambar nieh la paling comel aku rasa!ahah

Friday, June 3, 2011

Get Well Soon Apak!

 Masa rehat yang berkualiti untuk Apak dengan masuk hospital 2 hari 1 malam...Susah aku nak tengok apak aku rehat senang lenang macam duk dalam wad. , ada ja kerja even hari sabtu ahad kalau tak kena tahan wad macam ni.

Gila pa!aku pun nak masuk hospital kalau ada nurse cantik-cantik datang setiap lima minit dan tanya "abang nak anggur??" waahhh...aku pun nak langgar pintu macam apak aku boleh??haha..boleh ke Missi Eton?..
Dapat tak kamu bayangkan kaki kamu dah tadak kuku??eeuuwww...nyilu..! Tapi nak buat macam apak aku tersepak pintu, ingat takdak apa berlaku 2-3 hari kemudian baru nampak effect ibu jari bengkak dan bernanah, dokter cakap maybe sebab apak aku pakai kasut  lama sangat..dan Alhamdullilah Apak aku free dari diabetes tu yang aku takut sangat sebenarya!well suma tahu rakyat Malaysia memang familiar dengan penyakit 3serangkai nieh(darah tinggi ,kencing manis dan jantung) especially orang melayu..

Update:: Dokter dah cabot kuku ibu jari apak aku..dan dapat cuti seminggu..agak terbatas pergerakan apak aku sekarang nak solat pon seksa apa tah lagi kayuh basikal pergi kenduri-kendara kan..

psst:: mak shadah dulu kecik-kecik ada cakap nak jadi nurse, jadila tu jadi nurse ntok apak zale!ahaha*oke aku reka cerita saja nak bagi nampak macam best sikit..haha*. Tak lupa pada semua yang banyak doakan untuk apak aku Terima Kasih daun keladi yaw.

Wednesday, June 1, 2011

Busy

Sory sangat-sangat semua! Aku sangat larh busy buat masa sekarang ni sebab bekerja POST2 sangat larh susah nak di update..sorry sebab buat kamu semua menunggu..TQVM =D

psst:: Tension dengan kerja aku akan release kan dengan main pool..sapa ada bran??text aku ok?!