Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Monday, April 25, 2011

Penang Part 12# Bukit Bendera@ Penang Hill

Ha'ah..sekian lama aku menghimpikan untuk sampai ke tempat ini akhirnya kesampaian juga! Dari kecik aku dengar pasal Bukit Bendera.. Tapi aku tak pernah tahu pun ada apa dengan Bukit Bendera. Aku pikir bukit yang penuh dengan bendera tapi sangat meleset. Haha..Sejak aku hidup dekat penang hampir lima bulan nieh hari Isnin 25.4.2011 baru la Bukit Bendera ini dibuka untuk orang ramai selepas kerja-kerja mengupgrade perkhidmatan train yang dulunya macam atas ni dan kini dah jadi macam ni.
Sangat larh kuit bukan train yang baru ini..train baru ni aku boleh komen sangat la sejuk dan selesa, mungkin sebab aku antara orang terawal naik train ini.. Tak dapat aku bayangkan train sebelum ni bila naik ramai macam mana keadaanya.. Panas dan padat mesti la tak selesa bukan! Taniah pada pengujung terdahulu kerana sangup bersabar.

Sebelum naik train
biasa la kan bila tempat itu tempat pelancongan mesti la ada tourist dari luar kan..mereka ni sangat la sporting. Yala.. tempat orang takan kita nak buat kerek kan. Haha. Lagi satu kalau sombong-sombong tak masuk la gambar-gambar nieh dalam belog nieh kan. yang kanan sekali tourist Malaysia okeh!
mereka ini sangat larh teruja bila sampai sini..okeh la aku sekali teruja!haha

wahh...sangat larh cumil yang kerinting! Geram sungguh tengok rambut dia.. Anak aku nanti mesti lagi cumil dari dia kan! Haha.. Terima kasih sebab sudi melawat Malaysia ya kanak-kanak cumil nanti besar dah kahwin bawa anak kamu pula ya! yeah!selain mereka aku juga sangat teruja untuk sampai ke tempat ini termasuk mereka ini
HAZMI, SHAH RIDUAN,EKMALUDIN

Dalam Train Ke Penang Hill(naik)
 Paling seronok kami sebab kami sempat dapat tempat di depan sekali. Yeah macam kami sedang menonton wayang bila duduk depan sekali nieh. sebab kami saja yang bernasib baik dapat front view. Kalau train dahulu aku tengok replika tempat nieh merupa kan 1st class. Sebab bila duduk depan sekali view yang duduk depan nieh la yang paling cantik.. Aku nasihat kan kamu yang cuba naik train nieh try la dapatkan coach paling depan nieh ya!
 Hah! Lebih kurang macam nieh la view dia kalau kamu dapat coach paling depan nieh!tapi sangat-sangat la curam nak sampai ke Penang Hill nieh..Berdenyut-dengung telinga nieh..Preasure kata Ekmaludin.

 Sampai Penang Hill
Sesampainya aku di puncak nieh sangat larh teruja dapat tengok satu penang dari atas nieh.. Dari Penang Brigde sampai la kilang Amd aku nampak!haha..kilang tu aku tipu!.Tapi Jambatan tu memang jelas kelihatan..
Nampak apa kalau amek gambar pakai lens 50 ni kan?.Click...Click..Click! oh damn! batery camera aku abeh!Aku baru sampai! Banyak tempat tak jalan lagi.. Memang spoil gila mood aku, tapi nasib member aku Hazmi dia caj camera sebelum naik sini. Haha.. Jadi semua gambar selepas nieh memang bukan dari camera aku!
haha..Memang gimik jela gantung camera tu!buat apa gantung kalau tak boleh pakai..Serrr betoi  la..Baru nampak macam tourist!haha..
Dekat atas ni ada satu masjid dan satu kuil ini. Aku ingat ada bendera ja.. HAHA..Jadi tada masalah kalau kamu nak ponteng sembayang..Islam itu sangat mudah tak perlu tunggu masjid ada baru nak sembayang.. ingat Solat itu tiang agama!
Semasa kami naik sini memang masing-masing naik dengan perut kosong semua nak nangeh kat atas nieh. Yala mana mahunya nak makn kat atas nieh, walaubagaimanapun semua tetap sporting dan enjoy! Dan pesanan aku makan la secukupnya sebelum naik atas nih dan caj dulu camera kamu. Fon pun sama buat backup!
 Turun dan Balik
Masa balik pun kami sekali lagi dapat coach paling depan. Kali nieh view menjunam plak takut juga kalau tengok sebab curam sangat train nieh turun..Mau brek train nieh rosak macam mana..Tak sempat aku upload gambar-gambar nieh gamaknya.
Yah! Melompat la kamu lebih tinggi sebab tinggal seminggu ja lagi nak habiskan sisa2 hidup di Penang nieh.. Lepas nieh susah dah nak sampai sini ya! Sorang balik Kampar sorang balik Ipoh sorang balik Alor Setar sorang balik Alor Pongsu dan aku balik Parit Buntar je! HAHA..bila-bila masa boleh masuk Penang..Apa-apa pun aku sangat larh happy bila dapat melancong. HAHA..
Kamu mesti pelik kan gambar hafiz tadak.. Yea! kami dah clash! Hahaha
Sumber gambar datangnya dari Hazmi TQ kawan.

p/s:: Sangat larh tak puas hati sebab parking kereta tadak memang teruk! kena jalan sebatu dan bayar RM3 ada la ulat-ulat parking nih. HEY keraajaan Pulau Penang tolong la sediakan parking lot khas buat tempat nieh.. Train dah baru cantik dan sejuk parking pun bagi la baru. Harap kamu dengar ya Lim Guan Eng!

8 comments:

  1. terbaaaaaaaaaaaaaaaaaik ark bro

    ReplyDelete
  2. macam iklan, rugi korg x pakai baju sama, boleh jadi penari boria, kelas

    ReplyDelete
  3. lol...boria pulau pinang..tadak baju sama..haha

    ReplyDelete
  4. wahhh~ nice laaaaaa (:

    1st time singgah dan follow (:

    ReplyDelete
  5. eien mohmad::apa yang nice??jejaka tu ke nice??ahha

    ReplyDelete
  6. Ghost Writer::Ha'ah..perjalan seharian...cuba larhh

    ReplyDelete