Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Tuesday, March 29, 2011

Rakan Operator part# 2



 Haaaa'aah!masuk sudah entri gedik aku yang ke2..aku akan kenalkan rakan operator aku yang seterusnya.. Operator yang kali ni memang lain dari yang part satu punya. Depa nih memang orang penang, memang tak macam kami la hidup sebagai perantauan,hidup jauh dengan mak apak,depa nieh sarapan kat rumah aku tak sarapan pun,memang beza kan. Sudah! aku dah mula merepek!Lari jauh dah nih. Apa yang aku boleh describe pasal depa ni depa nih kaki wayang. Kami panggil geng wayang, tiga orang ni jela tak termasuk yang comel tu! Sebab apa geng wayang sebab depa nieh sangup ponteng kerja pastu p tengok wayang. Ada patot seminggu sampai 4 kali tgok wayang. Gila pa! Kaya la orang jual popcorn macam nieh!




Amirul Faiz
 Ok!yang ini kami panggil Komtar..Sebab apa komtar mungkin sebab dia tinggi Komtar kot. Dekat poli dia orang panggil Georgetown lagi hairan aku! haha..dia  nieh paling kuat wayang nya! dalam seminggu seratus lebih habeh kat GSC Quensbay! Sebab dia paling kerap wayang dia larh ketua kaki wayang A**! Tengok larh. Kalau datang kerja je dia tidoq tapi bila kat pangong dia paling cargas!



Azlan Yusof
Dia la kot paling gebo antara yang tiga nieh! Dia orang permatang pauh hari-hari larh berulang naik jambatan mai kerja. wayang! hahah.. Dia cakap memang kuat kalah Hafiz! Sejak kawan dengan Komtar dia pun selalu la ponteng kerja! sakan depa nih!
Lutfy
cukup 3 orang geng kaki wayang tak banyak yang aku dapat cerita pasal budak nieh yang aku boleh cakap budak nieh time makan dekat kantin memang pingan dia byk lauk tak macam aku.. hahaha.. Mungkin sebab aku jimat gamaknya!
ini belog dia kalau kamu semua nak tahu!

macam aku cakap sebelum nieh! hujung-hujung aku jadi operator nieh aku nak abehkan masa dengan kawan-kawan operator suma ni. Memang aku baru kenal depa-depa nie tapi aku selesa kawan dengan semua orang termasuklarh endon-endon dan nepal-nepal semua..!

P/s:: Aku lagi 14 hari je nak datang kerja weh kamu-kamu!tak sabarnya tunggu 4/29!haha! bye *M*



Kamu Nak try Operator-operator nieh pulak??

Monday, March 28, 2011

Ribut Habaq Hang!

Semalam malam kat Parit Buntaq hujan lebat sangat tengok larh pokok pinang yang aku tanam 8tahun dulu.. Sampai tak nampak tahun dia larh! Aku amek slow shulter. Selamat tu sign board "BERHENTI" kalau tu sign board "JALAN" mesti dah jalan sekali dengan ribut-ribut nieh baq hang! Aku buat entri nieh bukan apa baq hang sebab ada  minah  opss..sara majed nama dia duk kalot-kalot kat fb dia. Ribut sampai tak boleh online dah. pencawang strymx jatuh katanya!haha..Ok aku tipu ja tu. saja nak hyperbola!

tengok!punya la hinggaq minah rempit sara majed nieh  macam tempat dia sorang ja kena ribut!hahha..sebenaqnya aku pon tak kenai sangat budak nie, baru je add. Saja wat rancak dia sembang penang dengan aku taknak kalah baq hang! Amek hang! hahah.. Aku print screen wall hang! Tapi memang betoi la tempat kami semalam tiba-tiba ja dari panas terik teruih ribut! Ok! aku tipu lagi. Mana ada malam panas tapi aku tatau nak describe mendung ke tak sebab malam kan nampak gelap ja la.. Kalau siang ada la nampak mendung-mendung nya!


Semua gambaq-gambaq nieh aku amek kat perkarangan rumah aku ja! Hujan kan takn nak keluaq dari bumbung kan. Tapi serius lepas aku amek gambaq nieh piring astro jiran depan rumah aku nieh terus terbang! Aku pon cabot lari masok rumah, takot sekali-sekali aku terbang baq hang! Hahahah..

P/s:: abeh sebab hang la Sara Majed aku dok tersasul "baq hang!". Hang la nieh baq hang!..hahha..aku link kan fesbook hang weh.. Mana taw ada mamu-mamu segak yang baca belog aku nieh bekenan kat hang kan,.. BAQ HANG!haha

Sunday, March 27, 2011

Rakan Operator part# 1

Sebenarnya dah lama aku nak upload gambar member-member operator aku suma nih,. Tapi tak ada kesempatan lagi aku nak upload. Antara satu perkara yang aku suka dengan tempat aku kerja sekarang ni ialah aku dapat kawan baru. Tapi dalam banyak gambar-gambar ni sorang jela yang familiar kat sini Hafiz, kawan sekolah dari tingkatan 1 sampai 3. Dalam belog nih aku rasa Hafiz punya gambar lebih dari aku gamaknya. Mungkin ini belog dia bukan belog aku!haha..apa aku merepek!

Rahimi
Dia nieh datang satu poli dengan aku. Tapi tak sama kos dengan aku pon kiranya dia pun aku baru kenal la. Dia orang Tepeng kat poli amek kos DEM! patot perangai pun dem je.. aku pon tak tahu DEM stand for Diploma apa. Yang aku tahu budak-budak dem belajar Mechatronic. sapa-sapa boleh bagi tau aku DEM tu apa
Muhammad Hasif
Owh ya!mamat ni mai dari Melaka orang cerita dia beli motor pakai duit toreh getah!beli-beli terus henjut motor mai Penang..
Amir Izzat
Orang area-area parit buntaq gak dia ni. Tapi tak penah pulak aku nampak dia.. Mungkin dia jenis tak suka keluar rumah kot! Wakakakkak..ya la sangat!
perluke aku kenalkan dia lagi?hafiz
depa nieh memang gay dari sekolah rendah lagi.
Aku ingat jamal abdillah yang nyanyi malam tu!memang sedap dia nyanyi sebab tu dia tak malu karok open.
Fizy Kazama
Firsttime aku jumpa aku tak sangka pon dia ni orang Kelantan. Yela muka macam orang perak je. Tapi bila orang cakap dia orang Kelantan memang terkejut larh aku. Tak sangka pulak aku orang kelantan boleh duduk serumah dengan budak-budak penang! Memang aku respect larh kat dia. Plat motor dia pon plat Penang. Dia dah bukak mata aku yang masih ada orang kelantan yang tak resist.
Mahadir
Tak banyak aku tahu tentang dia.. Jarang sekali kami lepak sesama, ada la dua tiga kali . Yang aku tahu tentang dia. Orang pangil Madex.. Dia tak dak awek orang kata. Pemalu sikit si Madex nieh aku rasa! hahha
Iqmal Ayob
Petai aku panggil dia nieh! Bukan aku sorang je. Suma orang rasanya panggil dia petai.kenapa petai aku pun tak tahu! Dia tokan petai mungkin! hahah..Anak jati Perak ni. Ayat Perempuan memang pandai. Mulut manis ja!
Aku baru je kenal depa-depa nih tapi aku seronok kawan sebab depa-depa tak sombong! haha..dah macam belog perempuan pulak kali ni punya entri. Yela, cerita pasal kawan-kawan, nampak gedik pulak!haaha.. Tapi hujung-hujung aku jadi operator nih aku akan banyak spent masa dengan kawan-kawan operator nieh! Akan aku upload operator lain entri!

p/s:: Paling seronok lepak dengan kawan-kawan masa ponteng kerja.. Memang nikmat dunia larh orang kata! Kebanyakkan aktiviti-aktiviti kami ni time kami ponteng. Hahah..Supervisa aku baca belog nieh mati aku kena buang kerja nieh!

Kamu Nak try Operator-operator nieh pulak??
Rakan Operator part#2
Rakan Operator part#3

Wednesday, March 23, 2011

Bersyukurlah wahai adikku!

Siang tadi aku bawak adik aku amek result dia kat mrzm kubang pasu. Kalau aku punya result macam ni dulu mesti mak apak aku dah buat kenduri 7hari 7malam dah. hahaha. Papa pun taniah Nur Syafiqah Sezale a.k.a Bale Jr. Terkejut aku sampai saja kat sekolah dia budak-budak situ pangil nama aku.."bale! bale!" rupa-rupanya member-member dia memang pangel dia bale pon! Sumpah malu kalau aku dibuatnya!

p/s:: SPM bukanlah masa depan seseorang tu, so jangan la frust menongeng sebab bio+fizik tak dapat apa yang kita targetkan! oh ya! taniah juga pada Azri Josri sebab result hang sangat gempak beb! Metrik la pasnieh!

Tuesday, March 22, 2011

Ayam Jepun naik harga sebab Tsunami!

 Tajuk statement nieh buat aku terfikir dan tersenyum sendiri.."selama ni aku makan ayam jepang rupanya!patot la gebo-gebo" hati aku bercakap sorang-sorang! wadapak!wadahel la!! Orang jepun kena Tsunami ayam Kampung Selamat pulak kena tempiasnya..

Sebenarnya memang tak la aku nak baca paper nieh! Tambah-tambah lagi sejak semalam dok cakap pasal Datuk T dengan video seksnya..Memang kaya utusan minggu nieh! Aku paper-paper nieh betoi-betoi aku baca tajuk depan ngan belah belakang je tambah-tambah pulak kalau belakang utusan tu macam nieh! memang aku suka beno larh!
Nampak tak kamu muka puas si rambot kerinting nih sumbat gol?!tak rugi aku tak tidur malam tu!
dah nampak dah come back the Blues kan!
John Terry dah insap!boleh la England menang world cup kalau Malaysia jadi tuan rumah nanti ya!

p/s:: doakan aku ye besok aku nak amek result spm!

Wednesday, March 16, 2011

Surat Zomba Buat Balecan!



seriusli aku dapat surat ni dari zomba! Bukan main lagi zomba nie tuleh surat untuk aku.

nie lama rumah aku..kat luar pagar penuh dengan zomba! kalau zomba2 nieh lepas mampoih aku kena makan otak!

waaaaa...masa aku banyak abeh perang dengan zomba-zomba nih!!!!suma insane2 nieh!
otak je tahu!

Tuesday, March 15, 2011

Matju Dalam Kenangan!

hah!
kali ni bukan aku nk cerita aku p makan siakap 3rasa tapi aku nak ucapkan babai kat housemate aku yang dah keluar rumah ahad semalam. Sumpah kami tak gaduh.. kami juga tak bertumbuk tapi dia dah dapat rumah dekat dengan tempat kerja dia. Lega rasanya aku dia dah dapat rumah tak la susah dia bulan depan nak carik rumah lain masa kami dah abeh practikal kat penang nieh!
Tak lama pon aku kenal dia ni. Ada la dalam sebulan lebih itu pun jarang sangat dapat jumpa. Maklumla..operator yang berjaya la katakan. Ini la kali pertama kami dapat kuar makan sama-sama dan kami boleh masok satu kepala even dia tua sikit..
"kami akan merindui moto lc hang nieh walaupun tak pernah pinjam" haha..terima kasih sebab dah kurangkan beban sewa rumah Siti Muslehat!!

p/s:: dengan entri ini aku harap duet sewa rumah yang hang dah bayar boleh la diskaun sikit erk..rm50 jadila
ahhaha ;))

Sunday, March 13, 2011

Kereta Idaman

Ini la...Kereta Idaman setiap budak masa aku kecil-kecil dulu. Rancak kot.. Lumba dalam longkang sebab time tu femes ngan anime dash yonkuro. Ingat lagi kamu??
suma dok upgrade keta ni.. Rumah aku ada 4 buah nie.. Abang aku kumpul balik, mungkin waktu kecilnya dia tak mampu beli kot..

Penang Part 7# Sunrise

Seronok betul kalau hari-hari dapat peluang tengok matahari naik depan mata. Lagi seronok kalau dapat tengok matahari naik kat Jepang. Mesti lah aku antara orang pertama dapat tegok matahari naik sebelum kamu kan!

suka betul aku dengan suasana begini, jauh dari orang ramai, jauh dari kesibukan, tenang, dapat juga vitamin D tak silap aku kalau salah tolong ingatkan aku ye! Tapi bukan senang aku nak dapat saat-saat ini yela..Operator macam aku ni mana ada masa.. Masok kerja gelap balik kerja gelap. Nasib masa ni, enginear aku bagi cuti. Wahahahah...
Romantik bukan kalau aku dapat keluar berdua je dengan Khairatun Nadiah..yeah!!Sabar jelaa!

p/s::Sedih aku tengok keadaan Jepang sekarang. Mari sama-sama kita doakan saudara kita disana ya!

kamu-kamu juga mungkin terlepas
Penang Part 1# Queensbay
Penang Part 2# Shisha
Penang Part 3# Siakap Masak Lamprik 
Penang Part 4# Eton Berkurung
Penang Part 5# Pesta Layang-layang
Penang Part 6# Jambatan Pulau Pinang