Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Sunday, January 2, 2011

Recap Hari-hari penting 2010

 Oh Ya!Selamat tahun baru semua!mungkin sudah terlambat bagi aku untuk recap-recap 2010. Tapi nak buat macam mana kesibukkan  menjalani practical membataskan aku untuk online. Apa-apa pun aku tetap nak recap peristiwa-peristiwa yang sempat aku rakam kan. Tak banyak dapat aku rakam kan cukup jela yang ini.
 Raya Aidilfitri
 Raya 2 0 1 0 adalah raya yang pertama buat keluarga aku raya tanpa tokwan. Memang sedih namun hidup perlu diteruskan dan raya tetap raya. Pagi raya semua keluarga pergi menzirah tokwan di kubur.
Malam BerBBQ

 Ya kami bebudak kelas berBBQ sempena perpisahan selama 1sem dan parti selepas abeh paper final. Terima kasih daun keladi pada semua yang memeriahkan majlis malam itu. Next sem ada bajet lebih buleh buat lagi. Mungkin parti liar..hahah.
Hari Rabu hari last KAMI jumpa.
Oh Ya!ini pulak ari rabu yang cerah.! Aku dapat keluar jumpa Si Eton ni. Memang susah kami nak jumpa seperti couple-couple lain. Tapi ini la jalan yang kami pilih dan sudah dipilih. Jauh tak bermakna kurang sayang. ahaha. Walaupun aku muka ganas tapi aku tetap ada hati berbunga. Betul! Memang ini hari last kami jumpa sehingga saat ini aku tak nampak batang idung eton lagi dalam tak sedar setahun dah kami tak jumpa. Yela last jumpa 2010.

 Malam Itu 1st Tine Bershisha
 Yah! malam ni malam sejarah bagi aku kerana 1st sedut shisha aku bukan seorang perokok! Tapi perasaan ingin tahu aku telah buat aku untuk cuba shisha ini. Lepas aku hisap shisha malam tu baru aku tahu shisha lagi bahaya dari rokok. Bukan 2kali ganda tapi berganda-ganda memang berbaloi la..Patot la asap dia lagi grand dari rokok ye!

Hari Raya Haji


 Raya Haji kami dekat sekolah adik aku. Ini kerana semua sebab adik aku nak spm masa ni. Memang 1st time la aku sekeluarga beraya jauh dari parit buntar atau bukit merah. Lepas je sembahyang sunat aidiladha terus berangkat ke Kubang Pasu!

 p/s:: Selamat tahun baru semua!aku datang dengan banyak misi tahun ini! haha

2 comments: