Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Wednesday, January 19, 2011

Harapan Seorang Bapa

Ya!baru-baru result Penilaian Menengah Rendah(PMR) baru je keluar. Jadi banyak la cerita suka dan duka disebalik reslut ni.. Family aku tak terlepas sebab adik perempuan aku pon baru je masuk tingkatan 4. Memang berat bagi dia untuk mengalas harapan keluarga terutamanya dari Mak Apak aku.

Ha!itu harapan sebelum result keluar. Alhamdulillah la result pon baik. sekarang masalahnya pula selepas result keluar mana hala tuju budak ni. sebelum PMR dulu dia ada apply Sekolah Berasrama Penuh(SBP). Apak aku baru je check tadi keputusannya adik aku takde rezeki untuk ke SBP maybe dah penuh kot. Kalau la aku jadi dia agak kecewa la sebab member-member rapat ramai yang dapat. Tapi itu kalau aku. haha.. Agak menyesal sebab banyak main dulu-dulu. Oh!sudah! ini bukan cerita aku! lupakan!
adik aku sekolah smka skg so tak apply la mrsm.

Masalahnya sekarang Apak dan Mak aku contra harapanya yang apak aku nak sangat adik aku ni pergi SBP yela ikut macam abang sulung dia dan kakak dia. Tapi mak aku lain pula mak aku taknak pula dia pergi jauh-jauh dan terus berjasa kat sekolah dia sekarang. Banyak sebab mak aku tak izinkan adik aku keluar yang paling utamanya mak aku takut adik aku 'culture shock' di tempat orang. Macam aku dulu terus lingkup SPM. Memang ada benarnya mak aku pikirkan tu.
muka harapan seorang bapa!tapi tetap macho!

Tapi aku kesian sangat tegok apak aku yang terlalu mengharap dia dapat ke sbp. Kalau boleh apak aku sanggup buat apa saja untuk dapatkannya. Aku dapat lihat muka kecewanya bila dapat tahu adik aku tak dapat tawaran. Mak aku tak bagi buat rayua dah tapi apak aku curi-curi gak buat e-rayuan. Kesian juga aku tengok apak aku ni. Kalau adik aku dapat pun mesti dia akan berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tidak.

Bagi aku tak kesah la samada dia dapat ke idak. Yang penting dia pandai bawak diri walau dia ceruk mana pun. Jangan duk mimpi dek keputusan PMR dia. Masa depan dia masih panjang!  Apa-apa jadi pun aku tak mau adik aku ikot jejak abang dia sorang ni. Memang tak kemana! haha. Baru sekarang aku menyesal kenapa kecik-kecik dulu aku malas belajar. Tengok darjah 4 baru pandai membaca..

p/s:: Syahirah... jangan jadi macam aku! tu je aku boleh cakap sekarang!
credit to muhamad ekmal sebab tegur aku 'shock culture'. patot la aku tak dapat p sbp.ahhah

2 comments:

  1. haha..sadis tu la..
    semua mak bapak mengharapkan yang terbaik untuk anak depa.. tak kiralah kat mana kita berada, yang paling penting jati diri kita. Walau campak kat mana pun, aku tetap aku..haha

    ReplyDelete