Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Monday, December 27, 2010

Udang Tumis Cabai Melaka!


Salam hari ini aku nak share menu yang aku masak. Menu ni amat sesuai buat orang bujang macam aku sebab teramat la senang nak masak. Tu mak aku la cakap tapi bagi aku ia tidak sesusah yang aku sangkakan bahkan sesenang makan je masak menu nie

ramuan-ramuannya senang je..
udang cukup makan 5orang digoreng sehingga masak
cabai hidup sebijik
cabai melaka ikut suka kalau nak cabaran banyakkan kalau tak sikit sudah cukup
sehiris halia
bawang putih bawang
tumbuk semua ingredient ni untuk tumis
panaskan minyak dan masukan semua yang ditumbuk untuk tumis. Oh ya tidak lupa serai 2batang
Tumis la sehingga pecah minyak tambah garam secukup rasa dan air asam jawa untuk rasa masam-masam
dah agak-agak masak tumisan tersebut masukkan semua udang sedia digoreng tadi.
ya!sedia dihidang dan dimakan. Selamat mencuba dan selamat mejamu selera!
aduh!!tangan aku panas lagi nie cabai melaka banyak sangat kot.haha

p/s::nak blend pon boleh tapi mak aku kata tak berapa sedap
by Mohamad Syazwan

4 comments:

  1. Gambar kau buat aku lapar bai!
    dem.

    ReplyDelete
  2. haha
    balik la malaysia bro...
    btw terima kasih toturial light leaks tu..dah pham nak buat cane dah

    ReplyDelete
  3. wah..rajinnya !!
    Masakan yg nmpak mcm sedap!!
    balik leh try nih..

    ReplyDelete
  4. hahah..amira..nie mak aku yang ajaq..aku pon dah reti dah buat mcm2 bukan goreng teloq je taw..
    haha

    ReplyDelete