Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Sunday, December 12, 2010

pocong di parit buntar!

Asslamualaikum.
Sedia maklum semua tahu apa itu pocong. Benda putih yang melempot-lompat. Tapi betul ke pocong wujud didunia ini atau hanya rekaan semata-semata supaya orang ramai tidak berani kelaur malam.
Kalau ia wujud pun apakah motifnya? darimanakah hasalnya?bagaimana terhasilnya pocong? semua ini masih jadi tanda tanya dalam fikiran aku yg masih mencari kebenarannya.

Mengapa pocong melompat-lompat aku tahu la kenapa, sebab itulah identitinya. kalau tidak melompat-lompat mungkin orang tak akan pangilnya pocong. Ada orang kata pocong tu manusia yang masih hidup tapi kena tanam sebab orang ramai ingat pocong tu sudah mati tapi rupa-rupanya dia cuma tertidur tapi tak sedar orang mandikan,kafankan,dan tanam.Sedar-sedar dah ada dalam tanah sebab itu lah dia terloncat-loncat meminta pertolongan. Tapi cerita ni cerita budak-budak bendol dan lurus je.

Tapi lain pula cerita yang aku dengar dari orang-orang Parit Buntar ni. Dengan cerita pocong yang menakotkan penduduk Parit Buntar ni berpunca daripada kematian seorang bidan yang membela saka tapi waris si mati ini tidak sangup untuk sambung kerja ibu meraka memberi makan pada saka tersebut maka terjadi la pocong yang melompat-lompat mencari orang untuk mengambilnya sebagai 'pet'. Nama pun hantu sapa yang sangup ambil untuk jadikan pet. Tapi itu cerita dari orang kampung belum pasti cerita itu benar selagi tiada buktikan.

Jadi terdetik rasa tanggungjwab 5 anak muda yang berjiwa kental keluar unuk mencari kebenaran mengenai pocong ini. "Betul ke pocong ni melompat, aku bawak dslr nieh!kalu kita jumpa aku nak bergambar dengan dia" kata salah seorang dari 5anak muda ni. Kata seorang lagi pula "mak aku kata pocong ni mai dari batu5..patotla aku p tgok area tu malam-malam kosong je"."aku pulak dengaq orang taman aku yang jumpa pocong tu..dia nak kuaq jual kueh tertiba jumpa lak lintas dia".



jadi budak berlima ni mula la tunggu sehingga lewat malam hanya semata-semata mahu tunggu pocong yang di ditata-katakan.


  "dah pukul berapa dah ni kawan-kwan??batang hidung dia pun tak nampak lagi nih!"."aku dah ngantok nie weeyyy.."
Jam dah menunjukan pukul 12. Mereka ingat pukul 12 tepat pocong keluar. Tapi amat mengecewakan.



pelbagai cara untuk menampakkan jelmaan pocong tapi keputusannya kecewa lagi.

jalan yang orang kata pocong bermain-main.memamg gelap jalan ni. ada satu dua lampu jalan je. Sebelah jalan ni ada rumah dan tuan rumah ada cerita rumahnya digangu oleh makhluk halus pukul 3-4 pagi. Tapi tak tahu la pocong ke sebaliknya. Sebab hantu tu ketuk pintu rumah tersebut dan memberi salam tapi beri salam main-main. Diminta untuk memberi salam dengan betul-betul terus diam hantu tersebut. Seram bukan jalan ni.
Yang ni saja la yang aku boleh kongsi.sumber-sumber cerita aku dapat dari orang kampung dan budak berlima nie la.

p/s::Walallahualam la cerita pocong melompat-lompat ini benar atau tidak. Yang sebenarnya kita jangan la takot pada makhluk ini sebabnya dia juga sama seperti kita cuma dia di alam lain.yang penting sekali jangan la kita terpesong akidah. Percaya la dengan kuasa ALLAH.
sekian Wasalam.

by Mohamad Syazwan





10 comments:

  1. hahahha...aku baru nak buat entry pasal pocong nie sbb ayh aq dok cita lg semalam..tp ag lagi advance...hahakt kg aku dahkecoh dah..

    ReplyDelete
  2. betoi ke linda??
    aku nk p kmpong hg la
    haha
    ce stori skit..

    ReplyDelete
  3. haha..yg aku dengar dia dari batu 5..
    ayh aku kata dy kacau org g solat subuh la..
    ada yg jumpa keranda tepi jalan la..
    y pelik org ngaji lam msjid pon dia kacau..huhu

    ReplyDelete
  4. hahah
    betoi ke??
    dia kacau macam mana linda??
    ada tgn erk dia nk kacau
    ahha

    ReplyDelete
  5. hahhahha..mana la aku nak tau...

    ReplyDelete
  6. linda len kali kalu jumpa dia hg tangkap gambaq tau,..
    heheh

    ReplyDelete
  7. Salam .. waahh bagus entri ni. Saya pernah buat entri yang lebih kurang sama. :)

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. HH::tahnx
    yang mana erk??
    macam mana nak tgok enrinya??
    da lama erk berblog..
    saya budak baru
    dan penah ke jumpa pocongnya??

    ReplyDelete
  9. jiran kawan aku kat kuala kurau dah kene kacau.
    dia pernah berubat kat bidan tu.
    dia masuk dalam rumah kacau.
    tapi sekarang dah senyap dah cerita ni.
    semua orang dah berani keluar malam.

    :)

    ReplyDelete
  10. haha..memang orang dah berani keluar malam bro sebab orang kampung dah tangkap pocong tu katanya
    hahah..
    lawak pulak crita pasal pocong ni..

    ReplyDelete