Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Friday, December 24, 2010

cerita hantu lagi.

selamat semua!
yeah!tak habis-habis lagi dengan cerita hantu. Aku pun naik hairan la sekarang ni. Filem-filem yang baru ditayangkan semua nya cerita hantu. Makin maju kita makin banyak hantu ke? Tapi peliknya kenapa la cerita hantu ni laku dekat Malaywood je?? Tak habis cerita ni masuk panggung masuk pula cerita hantu baru.

Tapi aku tabik la cerita hantu yang pecah panggung dan cipta sejarah kutipan tertinggi diMalaysia tp takdela sampai 40juta seperti diwar-war kan tu.jadi la 8juta kutipan. 1 lagi cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang aku dengar cerita dalam 2hari ditanyangkan sudah dapat sejuta!WOW!memang aku kagum dengan abg Mamat Khalid dengan idea yang BOMBASTIK. Boleh dikatakan semua cerita Mamat Khalid  kreatif-kreatif belaka.
Termasuk la cerita-cerita bukan hantu. Aku harap cerita Hantu Kak Limah dapat kutipan yang menabjukan. Itu tanpa publisiti seperti cerita 40juta alam.

Selain cerita hantu di pangung yang laris-laris belaka tidak lupa juga Parit Buntar sendiri ada cerita hantunya sendiri. Seperti entri aku sebelum ini di parit buntar kecoh dengan penemuan pocong yang melompat sana-sini menggangu penduduk parit buntar.Ada yang nampak pocong bergolek-golek atas raya, ada juga yang kata keranda di tepi jalan,ada juga yang nampak pocong terbang dan mcam-macam lagi aku dengar ceritanya.

Terima kasih kepada abang Hasrul Hassan  yang kongsi sedikit info tentang penemuan pocong di batu5 parit buntar. Mari sama-sama cekidult entrinya di hasrulhassan.blogspot.com. sila klik link tersebut. Ada video pocong sekali.
 by Mohamad Syazwan

No comments:

Post a Comment