Aku

My photo
parit buntar, perak, Malaysia
kacak hansome baik dan comel itu aku

Tuesday, December 28, 2010

credit to Diloz!

 aku sangat beterima kasih kepada azlan@diloz kerana toturial teknik light leaks ni. memang berguna dan pencetus idea aku untuk edit gambar. Memang betul bukan semua orang minat dengan gambar-gambar begini tetapi bagi aku ia sangat unique!dan kreatif..vintage!

kalau aku dah cukup expert bermain dengan light leaks aku buat la toturial tapi kalau nak senang visit je blog bro diloz ,ni dia lebih tahu sebab aku pon usha blog dia tadi.

p/s::gambar target ni memang aku dah upload sebelum ni tapi yang sebelum ni takdak lightleaks lagi so bezakan la ek
cawcincau!nak tidoq!
by Mohamad Syazwan

Target 2011

Oh ya!Salam. Lagi beberapa hari sahaja 2010 akan menutup berakhir dan 2011 akan menjelma membawa sinar baru kepada semua. Dah jadi kebiasaan semua bila hujung-hujung tahun ni memang isu utama soal azam. Tak kira la azam yang terlaksana ataupun azam tahun baru

2010 ialah tahun yang muram bagi aku dengan beberapa azam aku tak tercapai dan kegagalan aku dalam kisah cinta amat membuatkan tahun 2010 ni memag suram dan gelap. Tahun baru ni akan menjadi titik tolak dalam masa depan aku dan aku akan mencipta masa depan aku yang sendiri mulai 1.1.2011 ni. Aku tidak akan menoleh kebelakan lagi. Sudah la, yang lepas biar lepas ayuh bangun! Antara target aku ntuk 2011 ni aku nak ::

1. Dapatkan badan idaman aku ala dapat macam Remy Ishak pun jadi la
2. Stop berdreaming
3. Dapatkan Iphone tak pun BB pon jadila
4. Upgrade lens ntok d60 aku!
5. Pointer 3.5 above tak pon 4flat jela.
6.Cari banyak duit simpan duit
7. Kurang tidur
8. Langsaikan utang ahlong
9. Semanyang tak tinggal
10. Improve dalam photography
11. More smile !

Monday, December 27, 2010

Udang Tumis Cabai Melaka!


Salam hari ini aku nak share menu yang aku masak. Menu ni amat sesuai buat orang bujang macam aku sebab teramat la senang nak masak. Tu mak aku la cakap tapi bagi aku ia tidak sesusah yang aku sangkakan bahkan sesenang makan je masak menu nie

ramuan-ramuannya senang je..
udang cukup makan 5orang digoreng sehingga masak
cabai hidup sebijik
cabai melaka ikut suka kalau nak cabaran banyakkan kalau tak sikit sudah cukup
sehiris halia
bawang putih bawang
tumbuk semua ingredient ni untuk tumis
panaskan minyak dan masukan semua yang ditumbuk untuk tumis. Oh ya tidak lupa serai 2batang
Tumis la sehingga pecah minyak tambah garam secukup rasa dan air asam jawa untuk rasa masam-masam
dah agak-agak masak tumisan tersebut masukkan semua udang sedia digoreng tadi.
ya!sedia dihidang dan dimakan. Selamat mencuba dan selamat mejamu selera!
aduh!!tangan aku panas lagi nie cabai melaka banyak sangat kot.haha

p/s::nak blend pon boleh tapi mak aku kata tak berapa sedap
by Mohamad Syazwan

Saturday, December 25, 2010

hentikan kerosakan!


Boleh pandang-pandang
Duduk rengang-rengang
Jangan pegang-pegang
Bertambah sayang

Itu saja yang aku mahu descirbe dari gambar ni. Gambar ni mak aku kata masa depa dating dulu-dulu. Tengok tak macam kita sekrang kan. Tapi tup-tup dapat 6org anak. Tak kecoh pon macam orang sekrang. Belum apa-apa lagi sudah pegang sana sini.

Jadi mari la sama-sama kita jaga pergaulan kita. Hentikan kerosakan di atas muka bumi. Aku pesan untuk diri aku sendiri dan semua!

by Mohamad Syazwan

Friday, December 24, 2010

cerita hantu lagi.

selamat semua!
yeah!tak habis-habis lagi dengan cerita hantu. Aku pun naik hairan la sekarang ni. Filem-filem yang baru ditayangkan semua nya cerita hantu. Makin maju kita makin banyak hantu ke? Tapi peliknya kenapa la cerita hantu ni laku dekat Malaywood je?? Tak habis cerita ni masuk panggung masuk pula cerita hantu baru.

Tapi aku tabik la cerita hantu yang pecah panggung dan cipta sejarah kutipan tertinggi diMalaysia tp takdela sampai 40juta seperti diwar-war kan tu.jadi la 8juta kutipan. 1 lagi cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang aku dengar cerita dalam 2hari ditanyangkan sudah dapat sejuta!WOW!memang aku kagum dengan abg Mamat Khalid dengan idea yang BOMBASTIK. Boleh dikatakan semua cerita Mamat Khalid  kreatif-kreatif belaka.
Termasuk la cerita-cerita bukan hantu. Aku harap cerita Hantu Kak Limah dapat kutipan yang menabjukan. Itu tanpa publisiti seperti cerita 40juta alam.

Selain cerita hantu di pangung yang laris-laris belaka tidak lupa juga Parit Buntar sendiri ada cerita hantunya sendiri. Seperti entri aku sebelum ini di parit buntar kecoh dengan penemuan pocong yang melompat sana-sini menggangu penduduk parit buntar.Ada yang nampak pocong bergolek-golek atas raya, ada juga yang kata keranda di tepi jalan,ada juga yang nampak pocong terbang dan mcam-macam lagi aku dengar ceritanya.

Terima kasih kepada abang Hasrul Hassan  yang kongsi sedikit info tentang penemuan pocong di batu5 parit buntar. Mari sama-sama cekidult entrinya di hasrulhassan.blogspot.com. sila klik link tersebut. Ada video pocong sekali.
 by Mohamad Syazwan

Monday, December 20, 2010

my dream GIRL

 Kali ni aku bukan nak cerita pasal hantu pocong ke hantu kak limah ke tapi aku nak cerita pasal hati dan perasaan aku. Dah lama aku nak cerita tapi takot tak diterima. Yela dekat Malaysia laku cerita hantu je sebab tu aku pon nak carik hantu tu.

Pasal cewek ni aku memang nak buat jadi bini aku sebab banyak X-factor yang ada kat dia. Walaupun dia ni kerek dengan aku tetap suka dia sebab dia cute. dia juga puteh macam korea sebab aku gelap nak la bini puteh.

Tapi nak buat macam mana kami pon lost contant sebab salah faham. Walau macam mana kami berjauhan sekali pon aku tetap berdoa semoga si budak Eton ni sentiasa dilindungi Allah.
Suatu hari nanti aku akan bawak rombongan nak culik kau! Tunggu jela masanya! May Allah blees U!


By Mohamad Syazwan

Sunday, December 19, 2010

Penang Part 1# Queensbay


Selepas berminggu-minggu aku hidup di Pulau Pinang baru semalam aku jijakan kaki aku kat tempat ni.
Tak tahu pulak aku ramai pulak malam tu. Terus tak jadi la nak midnite hantu kak limah balik rumah.
Dengar cerita tu gempak even tade propa katanya sampai pecah pangung 40juta tu..Aku mesti try juga cerita Mamat Khalid ni

haaa..tak lupa aku nak bagitahu aku ngan member berhenti kejap aktiviti cari pocong kami.Semua ada kerja.Nak bagi anak bini makan. Kalau ada pocong di tempat anda rojer2 la. Kaya kot jual pocong.

By Mohamad Syazwan
munkin kamu nak try ini
Penang Part 2# Shisha
Penang Part 3# Siakap Masak Lamprik 
Pernang Part 4# Eton Berkurung
Penang Part 5# Pesta Layang-layang
Penang Part 6# Jambatan Pulau Pinang
Penang Part 7# Sunrise

Sunday, December 12, 2010

pocong di parit buntar!

Asslamualaikum.
Sedia maklum semua tahu apa itu pocong. Benda putih yang melempot-lompat. Tapi betul ke pocong wujud didunia ini atau hanya rekaan semata-semata supaya orang ramai tidak berani kelaur malam.
Kalau ia wujud pun apakah motifnya? darimanakah hasalnya?bagaimana terhasilnya pocong? semua ini masih jadi tanda tanya dalam fikiran aku yg masih mencari kebenarannya.

Mengapa pocong melompat-lompat aku tahu la kenapa, sebab itulah identitinya. kalau tidak melompat-lompat mungkin orang tak akan pangilnya pocong. Ada orang kata pocong tu manusia yang masih hidup tapi kena tanam sebab orang ramai ingat pocong tu sudah mati tapi rupa-rupanya dia cuma tertidur tapi tak sedar orang mandikan,kafankan,dan tanam.Sedar-sedar dah ada dalam tanah sebab itu lah dia terloncat-loncat meminta pertolongan. Tapi cerita ni cerita budak-budak bendol dan lurus je.

Tapi lain pula cerita yang aku dengar dari orang-orang Parit Buntar ni. Dengan cerita pocong yang menakotkan penduduk Parit Buntar ni berpunca daripada kematian seorang bidan yang membela saka tapi waris si mati ini tidak sangup untuk sambung kerja ibu meraka memberi makan pada saka tersebut maka terjadi la pocong yang melompat-lompat mencari orang untuk mengambilnya sebagai 'pet'. Nama pun hantu sapa yang sangup ambil untuk jadikan pet. Tapi itu cerita dari orang kampung belum pasti cerita itu benar selagi tiada buktikan.

Jadi terdetik rasa tanggungjwab 5 anak muda yang berjiwa kental keluar unuk mencari kebenaran mengenai pocong ini. "Betul ke pocong ni melompat, aku bawak dslr nieh!kalu kita jumpa aku nak bergambar dengan dia" kata salah seorang dari 5anak muda ni. Kata seorang lagi pula "mak aku kata pocong ni mai dari batu5..patotla aku p tgok area tu malam-malam kosong je"."aku pulak dengaq orang taman aku yang jumpa pocong tu..dia nak kuaq jual kueh tertiba jumpa lak lintas dia".



jadi budak berlima ni mula la tunggu sehingga lewat malam hanya semata-semata mahu tunggu pocong yang di ditata-katakan.


  "dah pukul berapa dah ni kawan-kwan??batang hidung dia pun tak nampak lagi nih!"."aku dah ngantok nie weeyyy.."
Jam dah menunjukan pukul 12. Mereka ingat pukul 12 tepat pocong keluar. Tapi amat mengecewakan.



pelbagai cara untuk menampakkan jelmaan pocong tapi keputusannya kecewa lagi.

jalan yang orang kata pocong bermain-main.memamg gelap jalan ni. ada satu dua lampu jalan je. Sebelah jalan ni ada rumah dan tuan rumah ada cerita rumahnya digangu oleh makhluk halus pukul 3-4 pagi. Tapi tak tahu la pocong ke sebaliknya. Sebab hantu tu ketuk pintu rumah tersebut dan memberi salam tapi beri salam main-main. Diminta untuk memberi salam dengan betul-betul terus diam hantu tersebut. Seram bukan jalan ni.
Yang ni saja la yang aku boleh kongsi.sumber-sumber cerita aku dapat dari orang kampung dan budak berlima nie la.

p/s::Walallahualam la cerita pocong melompat-lompat ini benar atau tidak. Yang sebenarnya kita jangan la takot pada makhluk ini sebabnya dia juga sama seperti kita cuma dia di alam lain.yang penting sekali jangan la kita terpesong akidah. Percaya la dengan kuasa ALLAH.
sekian Wasalam.

by Mohamad Syazwan





Wednesday, December 8, 2010

Malam Pertama

Bismillah!yeah2!malam tadi ialah malam pertama ku!tidak semuanya malam pertama indah.Seperti aku dengan malam pertama aku sebagai operator kilang AMd oooppss!!bukan operator tapi Menufacturing Specialist katanya. Malam tadi baru aku tahu dalam dunia ni bukan aku seorang je yang tak tidur malam. Ramai lagi yang tak tidur malam rupanya. 12jam berdiri ngadap microchip kompeter yang kita semua trngah guna ni.
baru satu malam aku dah nak muntah tengoknya. Macam mana la orang-orang indon yang senior2 tu.Mahu 30tahun kerja kat situ. Yang aku tahu dulu pon hidup-hidup aku dah ada Windows 97-98. 30tahun kalu mau windows 80'..haha..sampai sekarang window7. Walau macam mana sekali pon aku tetap amik positif dari apa yang jadi malam semalam dan malam yang seterus je..kalau nak kerja senang keja dalam opis mak aku kata kena la belajar rerajin. So practical aku kat AMd ni motivated aku untuk belajar rerajin next sem dan sem-sem seterusnya..

p/s::baru aku tahu bertapa susah nya orang mencari duit untuk sesuap nasik.insaf gak la aku yang selama ni begitu mudah membazir duit yang apak aku carik selama ni.

catatan dari Mohamad Syazwan

Tuesday, December 7, 2010

Melayu Jangan Layu!


suka betul aku dengan video ni.aku paling suka dengan ayat nie"takkan hilang Melayu didunia ya...tapi apa guna kalau kewujudan tidak dirasa"
ayuh la bangsaku bangun dari tidurmu!ayuh bangun bersatu!henti kan sengketa antara kita ayuh bersatu demi MELAYU kita!hentikan perebutan kuasa antara kita!jangan kita merempat dibumi kita sendiri.Jangan sebab kuasa bangsa kita dijual!ayuh pemimpin2 dan rakyat semua!kita semua 1bangsa!jangan biarkan bangsa lain tengok Melayu Layu di mata mereka!renung-renungkan la kata-kata Dr.M!

by Mohamad Syazwan =D

bersawang

blog aku ni dah mula naik sawang semua ni dek kerna aku practical nie online pon jarang sekali memang susah aku nak update blog macam dulu hari-hari at least 1 post.(padahal baru je 5post).
ni la masalah aku sekarang.lagipun dok kat sini aku serba tak lengkap. dengan lappy pun pinjam kawan punya so tak puas nak berblog.kena balik rumah baru tenang dan senang dapat idea.

ok berangkat dulu!masok kerja!
by Mohamad Syazwan =D